Wednesday, November 01, 2006

MUKA DEPAN


TITIH BARIH


CHE HASAN BIN CHE ABU BIN RAJA SALIM
(Tok Hasan Uban)


NAMA PENULIS :
Sebelah ayah
MUHAMMAD AMIN B HJ CHE HASSAN B HJ ABD RAHMAN B AWANG HAMAT B SULAIMAN


Sebelah ibu
MUHAMMAD AMIN B CHE HALIMAH BT CHE HASAN B CHE ABU B RAJA SALIM


Hak Cipta Terpelihara
2006
Amin al-Kalantani Sdn Bhd

ISI KANDUNGAN

MUQADDIMAH
KATA-KATA ALUAN
BAHAGIAN I
BAHAGIAN II
BAHAGIAN III
BAHAGIAN IV
BAHAGIAN V
BAHAGIAN VI
PENUTUP
LAMPIRAN
KOLEKSI GAMBAR
ILMU-ILMU WARISAN

Muqaddimah

Tujuan buku ini adalah untuk memberi rujukan kepada keluarga besar datuk Che Hasan Che Abu untuk duduk bersama kita mengenali keluarga jauh dan yang dekat. Datuk penulis ini adalah daripada sebelah ibunda penulis iaitu Che Halimah bt Che Hassan. Juga tujuan untuk generasi yang mendatang mengenali akan sejarah cerita nenek moyang kita dahulu yang perit-jerih dalam mendidik dan menyara keluarga kita.

Antara tujuan lain laman ini dibina ialah agar tali persaudaraan antara kita semua tidak akan terputus bila kita berada dimana-mana sahaja. Mudah-mudahan usaha yang saya buat ini akan berpanjangan disambung oleh generasi yang mendatang dengan maklumat-maklumat yang terbaru lagi sensasi. Ia juga akan menjadi satu kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kita semua apabila semuanya telah kembali kepadaNya. Mudah-mudahan kita dikembalikan dan dipertemukan semula ketika kita kembali mengadapNya.Insyaallah.

BAHAGIAN I : BIODATA CHE HASAN CHE ABU

BIODATA DATUK
Che Hasan bin Che Abu bin Raja Salim
(Tok Hassan Uban)

Beliau dilahirkan pada 10 Oktober 1919* di negeri Kelantan Darul Naim. Tarikh lahir ini walaubagaimanapun mungkin tak berapa tepat. Beliau memegang no kad pengenalan 191010-03-5325. Tok Ase Uban berkemungkinan dilahirkan lebih awal dari tarikh tersebut. Kat kappong tok terkenal denge namo panggilan Tok Ase Ube. Namo panggilan nie sempeno rambut dio yang berube sejak mudo lagi. Ayah beliau ialah Che Abu bin Raja Salim. Nama ibu beliau ialah Mek Renek bin Che Awang asal Rantau Manis. Moyang sebelah emaknya ialah Tok Dewi. Terdapat sejarah yang diceritakan sendiri oleh datuk kepada kami sekeluarga sebelum ini, beliau berasal daripada keluarga diraja Perak. Moyang datuk iaitu Raja Salim mempunyai seramai 7 orang anak. Anaknya tujuh beradik berebut tanah di kawasan negeri Perak, namun pertelingkahan ini membawa pertelingkahan yang serius. Ini menyebabkan Che Salim iaitu datuk kepada Che Hasan terpaksa berpindah ke Kelantan dengan gajah dari Perak
1. Mereka telah berpindah ke Belong iaitu sempadan Perak dan Kelantan dengan berjalan kaki1.

Sistem pemerintahan Perak dulu yang terdiri daripada Raja Dihulu, Raja Dihilir dan Raja Ditengah. Menurut datuk, Raja Salim adalah daripada golongan Raja Ditengah. Ayah kepada datuk ialaj Che Abu atau nama asalnya adalah Raja Abu. Walaubagaimanapun setelah berpindah, nama Raja ditukar kepada Che sahaja. Tindakan ini dibuat di atas beberapa sebab iaitu supaya orang tidak mengenali mereka. Sementara itu terdapat kajian sejarah yang mengatakan bahawa panggilan Megat, Che dan Tajol adalah daripada satu rumpun yang sama
2.

Datuk mempunyai seramai lapan adik-beradik. Sehingga kini, hanya datuk sahaja yang masih hidup dan yang lain semuanya sudah meninggal dunia. Diceritakan oleh datuk sendiri iaitu pernah kakaknya memakan rebung buluh betung. Setelah dimakan satu penyakit ganjil telah terkena pada kakaknya sehingga hampir membawa kepada ajalnya.

Datuk mempunyai satu kegemaran yang amat aku respect iaitu suka mendengar kuliah agama. Setiap pagi jumaat datuk tidak akan ketinggalan dalam mengikuti kuliah Jumaat. Satu-satunya hasrat yang aku rasa sehingga kini tidak dapat dicapai oleh datuk ialah untuk pergi berjumpa saudara-maranya di negeri Perak di kawasan Kota Lama. Aku pun tahu kat mana. Dari mulut datuk sendiri mengatakan anak saudaranya yang rapat ngan orang di Perak pun telah meninggal dunia.

Sebelum berkahwin dengan nenek (Bidah), datuk telah berkahwin dengan dua orang kat dabong, tapi telah diceraikan kerana Datuk tak dapat anak daripada perkahwinan tersebut.

CERITA-CERITA DATUK

Terserempak dengan harimau
Satu peristiwa yang tak dapat kami sekeluarga lupakan ialah ketika datuk menceritakan beliau kisah ketika beliau terserempak dengan harimau. Kisahnya begini. Datuk sedang menoreh getah di Bukit, tiba-tiba terdengar bunyi bising daripada arah belakang beliau iaitu bunyi binatang berlari ke arah beliau. Apabila ditoleh ke belakang beliau melihat seekor babi sedang berlari ke arah beliau. Datuk panik dan mendepakan tangan beliau ke arah babi tersebut, tiba-tiba seekor harimau daripada belakang babi tadi datang dan menerkam ke arah babi yang berlari tadi. Datuk cepat-cepat naik ke atas, takut jadi perkara yang tidak diingini. Setelah itu beliau tak turun menoreh selama sebulan.

Terserempak dengan beruang
Peristiwa nie mungkin berlaku lebih awal daripada kejadian beliau terserempak dengan harimau. Pada mulanya ketika menoreh juga, tiba-tiba seekor ibu beruang datang daripada belakang datuk. Dia melihat ke arah datuk dan kemudian pergi ke arah satu pokok dan melepaskan susunya ke arah daun-daun pokok. Kemudian beruang itupun beredar. Selepas beredar, tiba-tiba datang dua ekor anak beruang di depan datuk. Kemudian datuk menunjukkan ke arah susu yang ditinggalkan oleh ibu beruang tersebut pada pokok. Anak beruang itupun beralih kearah pokok tersebut dan meminum susu ibunya. Kemudian kedua-duanya pun beredar.

Terjatuh ketika menoreh getah
Ini lagi satu kisah yang menarik bagi penulis yang masih muda nie. Ketika diusia yang sudah lanjut, datuk masih lagi dapat bangun dan berjalan kaki jauh. Beliau masih lagi larat untuk menoreh getah. Baru-baru nie ketika penulis sempat menelefon ibu penulis, diceritakan bahawa datuk telah terjatuh ketika menoreh dan beliau tidak dibenarkan lagi naik menoreh.

Kisah getir, datuk diingat sudah hampir menemui ajal
Kisah ini penulis tiada dirumah hanya mendapat maklumat daripada beberapa orang yang ada di rumah waktu itu. Abang penulis pun ada semasa kejadian tersebut. Semua panik apabila datuk yang sedang tidur, bangun dan nak berjalan keluar daripada rumah dalam keadaan yang pelik. Beliau kemudiannya meracau-racau. Ini menyebabkan ahli rumah terasa panik dan menelefon bapa saudaraku kat Kota Bharu dan bapa saudara dekat Lubok Bongor, Ayah Mat. Ayah Mat datang bersama isterinya, Che Nah dan mereka juga agak panik dengan kejadian tersebut. Tetapi dalam masa agak lama, keadaan datuk kembali pulih, dan kembali normal. Semuanya menarik nafas lega kerana Allah SWT masih memberi peluang untuk datuk meneruskan hidup dan berpeluang membuat amal ibadah.

Jadi askar british dan askar jepun Waktu tu beliau jadi askar british. Ada satu operasi untuk selamatkan seorang imam daripada askar jepun. Tapi sebab taktik dan stategik akhirnya imam tadi telah dibunuh oleh askar jepun. Waktu zaman jepun beliau seorang yang berani sehingga sanggup pegi jupo denge askar jepon mitok beri pegi beli barang-barang untuk orang dabong. Maso tu datok masih kuat buleh jugok berjalan kaki dalam 28 batu.Waktu jadi askar juga beliau hampir-hampir mati ditembak peluru tapi keno ko topi.

1 05 – Mohd Baijuri Che Hasan
1 24/10/06 – Che Hasan bin Che Abu
2 24/10/06- Daripada Mohd Baijuri bin Che Hasan

BAHAGIAN II : BIODATA ISTERI CHE HASAN


Bidah bt Jusoh

Bidah bt Jusoh dilahirkan pada 4 Oktober 1938. Beliau merupakan anak yang ke tiga daripada 3 adik beradik. Kesemuanya adalah perempuan. Beliau memegang no kad pengenalan bernombor 381004-03-5318*. Panggilan mesra cucu dan anak-anak ialah “mek”. Sebelum berkahwin dengan atok "pokwo", mek telah berkahwin dengan Mohd dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Ramli. Anak-anak Ramli ataupun gelaran Pak CIk Usop ialah Ida, Salwani, Siti Sarah, Zuraihan, Adam, Rabiatuladawiyyah, Faris, Izzati dan Fahmi.
Setelah berkahwin dengan datuk, mereka dikurniakan seorang cahaya mata diberi nama Che Gholek. Namun Che Rolek lebih disayangi oleh Allah SWT. Pada umur 3 tahun beliau meninggal dunia. Inilah dugaan yang pertama dihadapi oleh nenek apabila anak pertama meninggal dunia. Hasil perkahwinan dengan datuk dikurniakan 5 orang anak Che Darus, Che Halimah, Mohd Baijuri (Che Amat), Che Hamdan dan Che Zuharilah.

Beliaulah telah mendidik aku, abangku dan juga kakak setelah keluarga kami (ibu dan ayah) berpisah di waktu usia aku tiga bulan. Neneklah banyak memberi dorongan dan juga pemerhatian sehingga aku menjadi orang yang berguna pada hari ini. Doaku agar nenek ditempatkan dikalangan orang yang diredhai oleh Allah SWT.

BAHAGIAN III : BIODATA ANAK-ANAK CHE HASAN

Che Razali Che Hasan
Meninggal sewaktu masih kecil akibat demam panas.

Che Darus Che Hasan
Dilahirkan dalam lingkungan tahun 1958. Beliau merupakan bekas Staf Sarjan. Sewaktu buku ini ditulis beliau sekarang dah berjaya membuka kedai makan kecil-kecilan menjual roti canai dan nasi lemak. Isterinya yang pertama telah meninggal dunia. Sekarang dengan isteri kedua dikurniakan empat orang anak. Dengan isteri pertama seramai tiga orang anak. Sekarang menetap di wakaf mek zainab, kota bharu.

Che Halimah Che Hasan
Ibu penulis adalah merupakan anak yang ke-tiga daripada keluarganya. Beliau dilahirkan pada tanggal 30 September 1960 jam 8 malam di Kampung Rantau Manis, Kuala Balah Kelantan.. Pada tahun 2006 umurnya dah menjangkau 46 tahun. Beliau telah berkahwin dengan ayah pada umurnya 15 tahun. Dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan ayah penulis Hj Che Hassan Hj Abd Rahman sebelum mereka berpisah ketika umur penulis tiga bulan.

Mohd Baijuri Che Hasan
Dilahirkan pada 1 Julai 1967. Seorang sahaja bapa saudaraku yang tidak dinamakan nama beliau dihadapan sebagai Che iaitu Mohd Baijuri Che Hassan. Alkisahnya, bapa saudaraku nie selalu sahaja menangis pada waktu kecilnya sehingga terpaksa dipanggil sebagai Che Amat. Nama panggilan ini kekal hingga ke hari ini. Setelah dipanggil dengan nama Che Amat barulah beliau berhenti menangis. Anak-anaknya ialah Mohd Baihaqi, Balqis, Bazdlin, Mohd Bahrin Shah. Nama beliau telah diberi oleh Pak Cik Usop.

Che Hamdan Che Hasan
Sekarang beliau menetap di Puchong, Kuala Lumpur. Berkahwin dengan orang sana dan sekarang mempunyai seramai dua orang anak iaitu Che Siti Norhidayah dan Che Siti Najwa.

Che Zuharilah Che Hasan
Dilahirkan pada 29 Ogos 1977. Sekarang menetap di Kuala Lumpur. Mempunyai seramai tiga orang anak iaitu Ema Yusfarina, Syahirah dan Mohd Amirul Amin.

BAHAGIAN IV : SALASILAH CHE HASAN BIN CHE ABU 3

Adik-beradik dan anak saudara

Mek tih

- Ibrahim (Dabong)- Pengusaha Kayu Kemuning Hitam
- Mek Halus (Kandek) – (Haron, Daud, Ismail)

Awang
- Hassan (Nilam Puri)
- Sepiah Awang (Bini Muloh Mamat Mansor-Kg Reka)
- Kesah Awang (Emak Cikgu Zul)
- Mat Piah (Hasiah, Haikal dll) – Lubok Bongor

Che Yam
- Zainab (Sepiah Sg Budor)
-

Daud
- Mat (Mati keno make rimau)
- Mohd Nor (Anaknya ialah Rosli, Keme, Ridzuan)
- Hasyimah (Anaknya Hanisah, Hamnah dll)
- Mok Su Dah
- Mat Lazim (Felda Pahang) (Anaknya : Razali)

Jariyah (Anak meninggal waktu kecil)

Bidah (Bidan Beranok)
- Minah (Lubok Bongor)
- Kak Nik Che Mah (Lubok Bongor)
- Sepiah (kg Kalai-Batu Melintang) (Anaknya : Siti Muji, Siti Mariam, Syaari, Ramli, Ibrahim, Siti Nor, Hasnah, Khatijoh, Hamdan)
- Habsyah – Dekat SK Batu Melintang (Baharom
4 - Rawa, Bahari, Sahari, Hasyim, Zainal Abidin)
- Wahab bin Mat Aris (Anaknya : Rodiah, Arman., Liza, Aswadi, Aswani) (Duduk Jengka 19-Temerloh, Pahang).

Che Mat
- Che Long (Rawa)(Anaknya Salma, Salmida dll)
- Rosli (Kg Salor)-Sudah Meninggal

Che Hassan (Datok)

Pangkat Pak Saudara
Ku Muda (Perak- Kota Lama-Bota)
To Gawa Awang Hitam (Batu Melintang)
Mat Ali (Lubok Bongor)

Pangkat Anak Sepupu
Dollah b Awang (Lubuk Awang)

Pangkat Cucu Saudara
Hj Mat (Kadek)

Tok Saudara (Adik Beradik Che Abu)
Raja Subuh (Sulong)
Raja Ku Muda
Raja Sulung (Raja Sulung)
Raja Mat Tahir

Waris Pangkat dua pupu
Megat Junid Megat Ayub (Bekas Menteri Keselamatan Dalam Negeri)
Megat Baldin (Ketua Peperiksaan Kelantan)

Peringkat Sepupu
Tok Daud Gemuk (Penjual Tapey-Kuala Balah) (Anaknya :- Khatijoh, Mamat, Zakariya)
Yusof (Bulatan Pasir Pekan)
Pok Muda Mat Tok Imam Batu Melintang.
Mat bin Mat Ali (Lubok Bongor)
Pok Su Umar bin Mat Ali (Lubok Bongor)

Waris Sebelah Tok Mek Renek (Bonda Che Hasan)
Adik beradik Mek Renek:
Esoh Salleh Gajoh (Mok Su Mek Pok Dogor)
Tok Ngupo(Mak Chu Mek- Anaknya: Tok Gawa Hassan, Hussin Kerbau, Esoh, Hj Daud)Tok Mek Tih (Balah)
3 24/10/06-Dikemaskini bersama Mohd Baijuri Che Hasan dan Che Hasan Che Abu
4 24/10/06 –Rujukan untuk keluarga Bidah

BAHAGIAN V : CATATAN PENULIS

19 JANUARI 2003
Alkisah diceritakan daripada datuk kepada penulis. Ayah kepada datuk iaitu Che Abu meninggal dunia semasa datuk kecil lagi. Daripada cerita Che Abu ialah anak kepada Raja Salim. Che Abu merupakan saudara kepada 7 beradik yang tinggal di Perak. Diadakan selepas itu 7 bersaudara berperang dengan Raja Perak kerana hal-hal tanah. Maka berlarilah Raja Salim ke kelantan. Daripada cerita datuk Saudaranya masih ada di Kota Lama, Perak. Hasil perkongsian Che Abu dengan Mek Renek lahirlah 8 orang anak iaitu Mek Tih, Awang, Che Ye, Daud, Jariyah, Bidah, Che Mat dan datuk (Che Hasan) Setakat ini diceritakan bahawa Mek Tih ada anaknya di dabong (ibrahim) tukang kayu hitam. Cerita lain mengatakan Bidah kakak datuk hampir mati makan rebung buluh betung. Peringatan datuk pada keturunannya jangan makan buluh betung sebab yang nak berubat susoh nok cari.

29 MEI 2006
Lama betul aku tak balik kampung selepas daripada gred bulan 11 tahun lepas...Alhamdulillah 28 haribulan baru nie dapat juga berlepas ke kelantan. Banyak jugak dapat berborak-borak dengan datuk. Banyak jugak dapat bertukar-tukar pandangan dengan datuk....Fuh...puas hatilah jugak,.....

Atok ada cerita pasal untuk detect waris dia kat Kota Lama, Perak...dia suruh tanya yang bernama Tengku Muda ataupun Raja Salim. Nok titih warah yang ada kat sana.
Dok tahu bilo buleh aku gi cari titih warah yang masih ado kat situ. Cerita tok lagi ado seorang pak saudara dia yang dah meninggal, dulunya seorang penghulu yang begitu baik menjaga anak buah kampungnya kat batu melintang, namo dio Tok Gawa Hitam.

*Satu lagi menjadi adat kebiasaan orang dulu-dulu yang mengira-mengira usul/asas yang kuat dalam kejadian seseorang melalui bilangan kelahiran. Melalui kiraan tanah, air, api dan angin. Kiraan ini dimulakan semula jika kelahiran orang anak itu ke-5 dan ke atas. Ada pelbagi sifat-sifat yang diwakili oleh tanah, air, api dan angin yang mana jika berkahwin antara sifat api dan tanah maka ada keseimbangan. Ini disebabkan yang bersifat api sentiasa membakar tapi sifat tanah ialah tetap.* [just cerita sahaja-sebab melalui Rasulullah SAW yang paling utama dinikahi ialah wanita yang beriman].

Maso aku berborak ngan atuk jugok atuk memang suko berbincang pasal ugama nie. Syok jugok sebab tu kiroline aku jugok. Terkejut jugok aku bilo pok wo ghoyat dio buleh bangun malam semaye tahajjud...alhamdulillah begitulah berkat orang yang suko dengar mengaji kat surau atau kat madrasah.

Setelah berborak dengan nenek pulak aku dapat tahu yang waktu kecil dulu, mok tengohlah yang gi ambik aku di serendah, kerana waktu tu mek keno jago abe we dan jugo kak yah yang kecik lagi time tu. Waktu tu mok tengoh nge pok wo yang gi ambik aku di serendah.



3 MAY 2006
Masa nie aku ada tambah-tambah sket dengan lampiran salahsilah, diharap semua boleh tahu masing-masing punya hubungan. Aku jangka dalm 10 tahun nie..masing-masing dah mula jauh. Start aku keje nie pun dah mula rasa sibuk. Kalau dah kahwin pun dah tak tahu macamanalah nanti.

Agak-agak dengan membina laman web nie dapatlah korang semua anak-beranak tahu bahawa sebenarnya kita nie ada hubungan. Tepuh tepi jale tok ke tok tahu. Tok kenal ore. Kenolah belaja banyok-banyok sket.

Aku rasa macam nak adakan satu pertemuan besar-besaranlah untuk ahli keluarga kita di rumoh datuk untuk Family day satu hari ke kalu buleh coz masoloh banyok boleh selesai dengan pertemuan ini. Aku cadang pok nik darus jadi ketua untuk handle perjumpaan tu.

Aku nok buat cadange jugok ko pok wo untuk hari rayo tahun nie…biar panggil semua biar pok wo bagi ucape…semua biar mitok maaf denge dio dan pok wo bleh mitok maaf denge semua…aku harap sempatlah buat projek mega nie yang hamper mencecah jutaan ringgit…he…he….harap2 pok wo support akulah….

18 OKTOBER 2006
Setakat hari nie yang aku kira datok dah mempunyai seramai 23 orang cucu. Sementara nenek sendiri mempunyai 23 cucu dengan datok dan seramai 9 orang cucu dengan perkahwinan pertama melalui anaknya Remli(Usop). Aku biasa panggil pakcik usop saja. Kiranya penulis rapat dengan hubungan dengan keluarga pakcik usop kerana rumahnya berdekatan dengan tempat pengajian penulis. Waktu sedang tulis sekarang nie aku tengah plan nak balik kampung menyambut hari raya ngan family kat kampung. Planya hari raya kedua aku buat aqiqah kerana kecil dulu belum buat lagi.

30 OKTOBER 2006
Aku baru balik dari kelantan. Musafir aku kali ini agak panjang dan lama. Mula-mula perjalanan ku yang terdekat ke rumah pak saudara aku kat puchong batu 14. Seterusnya ke kluang johor. Perjalanan aku teruskan ke kota bharu ke rumah pak saudaraku Che Darus. Balik kampung buat aqiqoh pada hari raya kedua. Alhamdulillah…kali nie abang wan balik beraya sekali kat kampung. Cuma mat due aje yang tak balik. Lepas tu kami sempat buat satay pada hari raya yang ketiga. Tulah first time kami buat satay. Kendian aku bertolak ke rumah pak saudara aku Che Amat kat sg renyok. Hari jumaat aku bertolak ke kota bharu. Pi sekali lagi rumah pak nik darus pahtu ke rumah ayah kat pengkalan chepa kendian ke rumah pak cik aziz kat serendah dan rumah moksu zizah kat serendah. Penulis sempat bercerita dengan pok nik darus waktu banjir dulu-dulu. Waktu tu anak tok hanya dua orang iaitu che darus dan che halimah. Lari ko banjir naik atas belakang tok. Hari sabtu bertolak ke Johor hantar abang wan kat ulu tiram. Kendian balik semula ke Kluang. Esok pagi sambung musafir ke Puchong hantar kak yah, shikin dan mek nor (sepupu).

PENUTUP DAN HARAPAN

Setelah keluarga kita menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dariNya, ia telah mematangkan kita dengan ujian-ujian tersebut. Hanya Allah sahajalah mengetahui disebalik kejadian-kejadian dan peristiwa-peristiwa gembira, sedih dan duka dalam keluarga kita. Marilah kita sama-sama membina keluarga bahagia dan harmoni untuk masa depan kita yang baik. Jadikanlah sejarah silam sebagai panduan untuk kita. Sekali-sekala kerinduan menjenguk juga terhadap kampung halaman yang menjadi tempat permainanku waktu kecil kita. Kawan-kawan seperjuangan yang kini masing-masing sedang menghala arah tuju masing-masing.........Namun jauh di dalam hati kita kerinduan ingin bertemu dan berjumpa agar dapat mengungkapkan semula sejarah lama. Pahit maung dalam kehidupan merupakan warna warni seorang manusia dalam menempuhi hidup sementara ini. Buatlah bekal yang cukup untuk kita bertemu dengan Tuhan Yang Maha Kuasa.

ILMU-ILMU WARISAN DARIPADA DATUK

Doa jika terlekat tulang

Ambik beras segenggam dan masukkan dalam air putih.
bacakan doa
Selawat 7x

Bismillahirahmanirrahim

Hai anak memerang jantan
Bujur lalu melintang patah
Sidi berkat

LailahaillAllah

Hembuskan pada air dan pohonkan pertolongan Allah. Beri minum kepada yang lekat tulang. Insyaallah dengan izin Allah tulang itu akan diloloskan kedalam perut.


Doa Kuat Pinggang (Penulis belum mendapat ijazah secara direct dengan datuk. Abang kepada penulis Ridzwan telah memperolehinya dan juga bapa saudara)